Saturday, May 8, 2010

Antara janji dan sebuah kepercayaan

                   Apa yang cube ana ungkapkan daripada tajuk diatas adalah tentang isu menepati janji,jd dsini awal2 lagi ana ingin mengatakan yang ana paling tidak suke org yang tidakmenepati janjinye..hanya pndai bercakap tapi tidak pndai menunaiknnye...ana bukan hendak  menghukum orang seperti ini  cume tidakkah dia terfikir janji itu adalah sesuatu yg sepatutnye die tunaikan kerana dengan janji itu,dia telah mendapat satu kepercayaan,,,jd kenapa dia merosakkn kepercayaan itu??ingatlah janji itu bukan sekadar dimulut tetapi juga harus dikotakn...WALLAHUALAM



Allah berfirman dlm surah al-ahzab,ayat 23:

              


          Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah  mereka janjikan kepada Allah,maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya..





          Ayat di atas menerangkan tentang betapa pentingnye menepati janji sehingga Allah S.W.T menggelarkan orang yang menepati janji adalah 'mukmin'manakala orang yang mempermainkan janji digelar munafik( cube rujuk beberapa ayat selepas itu)kecuali mereka yang bertaubat..



Thursday, April 8, 2010

ya allah tabahkan lah hatiku...


dugaan demi dugaan..manusia tak akan pernah trlepas drpd mnghdapinye.. tp itulah tanda cinta drpadanye...dugaan itu membuatkan kte smakin kuat...krana kte tahu allah tidakakan pernah meninggalkn kte...jd knape kte perlu tingglkn dan melupakan allah???renung2kanlah kembali..ya allah ampunilah aku

Saturday, February 27, 2010

Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…



Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.

Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud; "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).

Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang yang akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; "Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yang perlu ada dalam diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang…wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.

Wassalam.

ALLAHUAKBAR

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments

barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini,akan dimuliakan oleh allah dan malaikat juga akan mengampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan:

1.bismillahirrahmanirrahim

dibaca setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah

dibaca pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu

3.Astagfirullahalazim

dibaca ketika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah

dibaca jika ingin melakukan sesuatu pada mase akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah

di baca bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah

dibaca ketika menghadapi musibah atau melihat kematian

7.laillahaillallah

bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

8.subhanallah

dibaca apabila melihat keagungan,kebesaran,kejadian ciptaan allah..

amalkanlah selalu,nescaya kamu semua akan mendapat manfaat dan keberkatannya.wallahuallam...